<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d29838799\x26blogName\x3d%C2%A4+Salih-N+Blogger+%C2%A4\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://putrahero.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://putrahero.blogspot.com/?m%3D0\x26vt\x3d4874322984313742446', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
¤ Salih-N Blogger ¤


Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us



Wednesday, July 26, 2006

Hari ni spt biasa bukak cc dan customer agak ramai..alhamdulillah..kt bawah tu..putra ade amik brita dr http://utusan.com.my ttg Allahyarham Hani Mohsin Hanafi baru2 ni meninggal dunia...kesian ek..tak sangka sungguh..baru 2-3 hari ni nengok die mengacarakan roda impian...mmg tak sangka la..nk buat cemana kn..Allah s.w.t lebih sygkn die..Walaubagaimana pun kita semua kena redha dgn berita ni....bersama-sama kita sedekah Surah Al-Fatihah kpd allahyarham semoga rohnya dicucuri rahmat...Al-Fatihah

Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem
Al-hamdu lillahi Rabb il-'alamin
Ar-Rahman Ar-Raheem
Maliki yawmi-d-Din
Iyya-ka na'budu wa iyya-ka nasta'in
Ihdina-sirat al-mustaqim
Sirat al-ladhina an'amta 'alai-him
Ghair il-Maghdubi 'alai-him wa la-d-dallin


Nak dibuat story...ptg ni terasa bosan tul la...so kita enjoy...(eh..silap2..terikut2 lak dialog siri tv PUTERI...khekehekehekeh)..so..da xde keje..putra gi buat kuih POPIA...terer tu tak la..tp bole thn..sebb pe..putra memang minat betul memasak..hehehe.Kat bawah ni putra akan crite kn secara ringkas resepi sendiri cara menyediakan POPIA...check it out~


Memula tu kita kena sediakan bhn² spt :
1. Semangkuk Isi daging ayam (ikut korang nak inti ape popia tu...)
2. Sepeket sayur campur (dlm paket warna warni kaler die)
3. 2 biji Bawang besar (dihiris nipis²)
4. Sepeket Kulit Popia (ikut saiz kecil atau besar)
5. Minyak masak,garam,aji-nomoto,lada sulah)
6. 2 biji telur ayam (sbg pelekat kulit popia)


Cara menyediakan POPIA:
1. Isi ayam tu dan bawang besar tadi kita hiriskan kecil² atau halus² sampai habis.
2. Panaskan kuali anda dengan api sederhana,kemudian masukkan minyak masak tp jgn banyak sangat secukup untuk gorengan bhn².
3. Bila minyak da agak panas,masukkan hirisan bawang besar itu td dan goreng sehingga keluar bau wangi die...(chewahh..mcm chef la plak..hehe)lepas tu masukkan hirisan daging ayam tadi..kemudian gaulkan.
4.Bila isi daging ayam td da agak² masak(selalunya berwarna putih)masukkan sayuran campur ke dalam dan gaulkan.(tambah air sikit jika kering)tutup kuali tersebut dan biarkan selama 3 minit.
5. Selepas itu,masukkan secukup rasa garam,aji-nomoto dan lada sulah kemudian gaul sehingga sebati.Bila da agak sebati angkat inti ayam ini ke pinggan.(sejukkan)
6. Bukak kulit popia satu persatu kemudian letakkan secukup muat inti ayam tu tadi dan gulung perlahan-lahan..sebelum gulungan terakhir letak sedikit telur dengan menggunakan sudu (telur di dlm mangkuk)supaya gulungan itu tidak terbuka.Buat la sampai mana tahap kerajinan korang...hehe Putra rekod buat 50gulungan seorang dlm masa 30minit.
7.Bila da habis gulung kesemua, gorengkan popia tersebut ke dlm minyak yang agak panas sehingga kekuningan.Angkat dan hidangkan bersama sos cili.....

Tapikan kalau ikut pendapat putra sendiri...kalau yg memasak tu kan tangan pompuan lg...sedapkan...

Posted by Miracle Mary Kay :: 3:24 AM :: 0 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------

Tuesday, July 25, 2006


ANAK LIHAT AYAH REBAH
(Tiara bersama Effendy Norwawi dan dua anaknya, Hani Karmila dan Eridani memberi perhormatan terakhir kepada Allahyarham Hani Mohsin di Hospital Serdang, semalam.Sila Lihat Gambar Sebelah.)
KUALA LUMPUR 25 Julai – “Ayah jatuh” demikian kata Hani Karmila yang menghubungi ibunya Datin Seri Tiara Jacquelina tanpa mengetahui bahawa bapanya, Hani Mohsin sudah meninggal dunia.

Menurut Hani Karmila, 9, dia menghubungi ibunya menggunakan telefon bimbit bapanya, Hani Mohsin yang rebah di kaunter pendaftaran AirAsia, Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang hari ini.
Ketika itu, Allahyarham Hani Mohsin Hanafi, 41, dan Hani Karmila baru selesai mendaftar masuk untuk penerbangan ke Alor Star kira-kira pukul 9.50 pagi. Menurut Hani Karmila, dia terkejut dengan kejadian itu tambahan pula apabila pengawal keselamatan Malaysia Airport Berhad (MAB) dan petugas AirAsia bertungkus-lumus memberi bantuan pernafasan kepada bapanya.
Katanya, bapanya kemudian dikejarkan ke klinik berdekatan Akademi AirAsia, tetapi disahkan sudah meninggal dunia.
Menceritakan detik-detik akhir kejadian itu, Hani Karmila berkata, dia dan bapanya tiba lewat di LCCT dan berada dalam tergesa-gesa menuju ke kaunter pendaftaran.
“Cepat. Kita sudah terlambat,” merupakan kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Hani Mohsin kepada Hani Karmila.
Menurut Hani Karmila, dia dan bapanya dalam perjalanan untuk bercuti ke Pulau Langkawi dan Pulau Pinang selama seminggu dan akan pulang pada 1 Ogos ini.
Hani Karmila merupakan anak tunggal Hani Mohsin bersama Tiara Jacquelina hasil perkahwinan mereka pada 11 September 1993. Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada 16 Februari 1998.
Tiara Jacquelina kini merupakan isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi.
Sementara itu, menurut Tiara Jacquelina, dia menerima panggilan telefon daripada Hani Mohsin kelmarin yang memaklumkan kegembiraannya dapat bercuti panjang bersama anak mereka itu.
“Arwah betul-betul gembira kerana dapat mengatur percutian bersama Mila (Hani Karmila) setelah sekian lama sibuk bekerja,” jelas Tiara.
Katanya, pemergian Hani Mohsin merupakan satu kehilangan kepada industri hiburan tanah air kerana beliau adalah seorang pelakon yang hebat selain amat berdedikasi dengan apa sahaja kerja dilakukannya.

(sumber diambil drpd Utusan Malaysia)

Posted by Miracle Mary Kay :: 8:19 PM :: 0 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------



BERITA TERBARU!!!!!!!!!

PENGACARA RODA IMPIAN - HANI MOHSIN MENINGGAL DUNIA HARI INI.

KUALA LUMPUR: Actor Hani Mohsin Hanafi (pic), 43, collapsed and died at the low-cost carrier terminal in Sepang at 9.30am while waiting to board a flight to Alor Setar on Tuesday.
Mohsin was traveling with his nine-year-old daughter Hani Karmila -- from his previous marriage to Datin Seri Tiara Jacquelina -- when he complained of chest pains before collapsing.
Hani Karmila immediately called her mother, who rushed to the airport with husband Datuk Seri Effendi Norwawi.
Mohsin's remains have been brought to hospital for an autopsy.
Mohsin was the host of popular TV game show Roda Impian before his death.

Posted by Miracle Mary Kay :: 3:48 AM :: 0 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------

Monday, July 24, 2006

Berita Hari Ini!!!!
Adik sultan mati ditikam -- Disyaki dilakukan anak lelaki yang kemudian meninggal dunia.
(SULTAN Ahmad Shah yang ditemani anakandanya, Tengku Abdullah menatap jenazah adindanya, Tengku Puteri Kamariah Sultan Abu Bakar yang meninggal dunia selepas disyaki ditikam oleh anak lelakinya dalam kejadian di rumah mangsa di Taman Kubang Buaya, Kuantan, Pahang semalam. Sila lihat gambar sebelah)


KUANTAN 24 Julai – Adinda Sultan Pahang, Tengku Puteri Kamariah Sultan Abu Bakar, 65, ditemui mati berlumuran darah dengan kesan tikaman dan tetakan senjata tajam disyaki dilakukan oleh anak lelakinya yang mengamuk di rumah mereka di Villa Ismaputri, Lorong Kubang Buaya 54, di sini hari ini.

Tengku Puteri Kamariah dipercayai ditikam beberapa kali oleh anaknya menggunakan pisau Rambo dan pemutar skru dalam kejadian pada pukul 1.20 tengah hari.

Pemuda berusia 21 tahun itu yang turut cedera parah dalam kejadian tersebut dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan meninggal dunia pukul 7.30 malam ketika dirawat.

Setakat ini punca kematian anak mangsa bagaimanapun belum dapat disahkan dan bedah siasat akan dilakukan esok.

Turut cedera dalam kejadian itu ialah suami mangsa, Datuk Tunku Ismail Tunku Sulaiman, 68, yang luka parah di bahagian perut dan hadapan badan sehingga terpaksa menjalani pembedahan di HTAA.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Razak Bukhari ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu, Tengku Puteri Kamariah ditemui terbaring di bahagian dapur rumah oleh jirannya dan dia disahkan mati di tempat kejadian.

‘‘Polis masih menyiasat motif kejadian dan kita menemui dua senjata dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut iaitu pemutar skru dan sebilah pisau Rambo di rumah mangsa,’’ katanya.

Beberapa saksi yang ditemui di tempat kejadian berkata, mangsa yang disifatkan oleh jirannya sebagai wanita yang peramah dan baik hati telah ditetak dengan pisau Rambo di bahagian belakang badan dan ditikam bertubi-tubi dengan pemutar skru.

Selain mangsa dan suaminya serta suspek, turut berada di tempat kejadian ialah orang gaji mereka, warganegara Indonesia yang hanya dikenali sebagai Elis.

Dalam pada itu, salah seorang saksi yang juga saudara serta jiran mangsa, Tengku Ahmad Faizal Tengku Abdul Jamil, 40, mendakwa, semasa kejadian, suspek dilihat terjun dari beranda tingkat atas rumah berkenaan dan meluru ke rumah jiran.

‘‘Suspek merayau-rayau di hadapan rumah dan meracau-racau mengatakan dia sedang ketakutan sebelum masuk kembali ke rumahnya,’’ ujar beliau.

Tengku Ahmad berkata, apabila suspek masuk semula ke rumah, tidak berapa lama selepas itu beliau mendengar jeritan meminta tolong dari mangsa dan suaminya.

‘‘Saya bergegas ke rumah Tengku Puteri dan mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah di bahagian dapur, saya meletakkan kepalanya di pangkuan saya dan dia sempat berpesan ‘belajarlah agama dan kalau nak jual kereta itu, juallah,” katanya sambil memberitahu beliau tidak faham maksud pesanan Allahyarham itu.

Menurut Tengku Ahmad, suami mangsa pula ditemui dalam keadaan ‘terduduk’ di atas sebuah kerusi di luar rumah dengan seluruh badannya berlumuran darah, manakala suspek kelihatan sedang dalam keadaan keliru.

Katanya, pada masa itu, seorang lagi saksi kejadian yang sedang berkerja sebagai tukang kebun di rumah jiran mangsa datang untuk memberi bantuan.

‘‘Kami berdua selepas itu menahan suspek dan mengikatnya sebelum polis tiba,” katanya.

Sementara itu, adik ipar mangsa, Tengku Abdul I’lal Tengku Sulaiman ketika ditemui pula memberitahu, suspek adalah anak ketujuh dari lapan beradik dan mempunyai seorang saudara kembar.

‘‘Abang saya ada menghubungi kami pukul 10.50 pagi ini meminta mencarikan seorang bomoh bagi merawat anaknya,” kata beliau.

Tengku Abdul l’lal juga tidak menolak kemungkinan suspek berada di bawah pengaruh dadah semasa kejadian.

Sementara itu, Sultan Ahmad Shah yang berada di Cameron Highlands petang ini, tiba di kediaman adindanya di Villa Ismaputri, sebaik sahaja jenazah dibawa pulang dari HTAA kira-kira pukul 5.20 petang, manakala seorang lagi adinda mangsa, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, tiba pukul 6.30 petang.

Baginda yang berada dalam keadaan terkejut dan sugul kelihatan mengeluarkan sapu tangan dan mengesat air mata ketika melihat kawasan kejadian.

Turut melawat tempat kejadian ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Makam Diraja Pekan, esok.


Edry KRU mahu bersara pada umur 45 tahun

SEBELUM berkahwin dan berkeluarga, Edry Abdul Halim, 31, atau lebih dikenali sebagai Edry KRU memang jarang mendapat publisiti daripada akhbar atau majalah.

Entah kenapa antara tiga orang ahli kumpulan adik-beradik itu, Edry bagai menjauhkan diri daripada media sehinggalah dia berkahwin dan kini sudah berkeluarga.

Jika ada pun media mahu membuat temu janji dengannya, Edry atau lebih mesra di kalangan keluarga dengan panggilan Didi lebih suka memberi alasan sibuk di studio rakaman.

Sememang alasannya itu berasas tetapi begitulah Edry yang lebih suka menumpukan perhatian pada kerja berbanding muncul dalam akhbar atau majalah.

Sehinggakan ada yang melabelkannya sebagai artis yang sukar bekerjasama dan malu dengan kamera.

“Sebenarnya bukan saya tak mahu publisiti atau tidak mahu bekerjasama tetapi selalunya masa yang diberikan tidak sesuai.

“Dalam KRU setiap kami mempunyai tugas yang tersendiri dan masing-masing memang sibuk. Norman dengan pengurusan syarikat, Yusry dengan filemnya dan saya dengan lagu-lagu untuk artis syarikat kami.

“Sebagai komposer saya memang sibuk kerana setiap lagu yang mahu disiapkan untuk rakaman saya mempunyai deadlinenya, jadi sebab itulah saya terpaksa menolak setiap permintaan bukan sombong,” kata Edry ketika ditemui di banglonya di Country Heights Resorts, Kajang baru-baru ini.

Menurut Edry, jadualnya yang sibuk di studio bukan sahaja semasa bujang malah setelah mempunyai dua anak pun Edry masih sibuk dan memang sukar untuk dia membuat temu janji.

Bagaimanapun, setelah hampir dua bulan menanti, suami kepada Milia Mohamed, 31, dan ayah kepada Emil, 5, dan Edylia, 2, akhirnya bersetuju.

Disebabkan itulah, kata Edry, apabila dia merancang membina banglo lapan bilik dengan kos keseluruhan RM1.4 juta, yang paling penting baginya ialah mini studio. Mini studio mesti ada untuknya bekerja.

“Apabila sudah mula bekerja saya memang tidak mahu diganggu. Anak-anak saya pun faham. Kalau daddynya dah masuk studio, maknanya saya akan mengurungkan diri berjam-jam lamanya.

“Tetapi walaupun berjam-jam di studio saya bersyukur kerana tetap dapat jumpa anak-anak sebab studio mini di dalam rumah dan saya akan ke studio rakaman bila semuanya sudah siap,” kata Edry.

Sejak penglibatannya dalam bidang seni, KRU telah mencipta 600 lagu dan 150 daripadanya adalah ciptaan Edry sendiri.

“Sejak menyanyi, saya, Norman dan Yusry banyak cipta lagu bersama. Sejak tahun 2000 saya sudah mencipta 150 lagu termasuk lagu untuk Puteri UMNO dan lagu tema untuk filem Cicakman,” jelas Edry.

Menurut Edry, setelah 15 tahun mengharungi dunia seni dan menikmati segala kemewahan hidup beliau juga mempunyai rancangan sendiri pada masa depan.

“Insya-Allah bila umur saya mencecah 45 tahun saya akan bersara daripada menjadi penyanyi. Cukuplah setakat itu sebab dah tiga dekad saya menyanyi. Saya mahu mencipta lagu sahaja di samping menghabiskan usia tua saya bersama isteri dan anak-anak,” kata Edry.

Kata Edry, mungkin ada yang mempertikaikan rancangan persaraannya kerana dalam usia sebegitu muda banyak lagi yang boleh dilakukannya.

“Saya merancang mulai sekarang untuk bekalan hari tua. Mudah-mudahan ketika saya bersara nanti saya akan mempunyai simpanan yang cukup hasil daripada karya saya sebagai pencipta lagu,” kata Edry.

Puaskan hati

Selain lagu-lagu artis di bawah naungan KRU Records, Edry juga pernah mencipta lagu slow rock untuk Ella dan kumpulan Spider.

Bukan itu sahaja, malah Edry juga pernah mencipta lagu untuk kumpulan Rabbani dan lagu Asmaradana untuk filem Puteri Gunung Ledang.

Bila ditanya pandangan segelintir peminat seni tanah air mengenai lagu-lagu ciptaannya yang hampir sama irama dan melodinya dengan lagu-lagu nyanyian Elite, Adam AF2 dan KRU, Edry dengan tenang menjawab:

“Susah nak puaskan hati semua orang tetapi jika mereka benar-benar mendengar dan menghayati lagu-lagu ciptaan saya, mereka akan dapat rasakan kelainannya.

“Genre ciptaan saya ialah pop dance tapi kalau pendengar meminati lagu-lagu nyanyian Britney Spears, NSync dan Bad Street Boys, tentu mereka boleh terima lagu-lagu ciptaan saya.”

Walaupun sudah hampir enam tahun hidup sebagai isteri artis dan komposer tetapi Milia Mohamed tidak pernah mahu ditemu ramah oleh wartawan.

Setiap kali Edry ditemu ramah, Milia akan menjauhkan diri. Begitu juga semasa Edry ditemu ramah di kediaman mereka baru-baru ini.

Edry yang ditanya tentang sikap isterinya itu berkata: “Sebenarnya sejak hidup sebagai suami isteri memang begitulah sikap Milia. Apabila saya ditemu ramah dia tidak mahu berada di sisi saya kerana bagi Milia dunia artis hanya untuk saya.

“Jadi janganlah kecil hati atau menganggapnya sombong. Sebenarnya untuk kali ini pun puas juga saya memujuknya untuk bergambar akhirnya dia bersetuju dengan syarat hanya beberapa shot.

“Sebab itu bila ada masa terluang saya akan habiskan waktu saya bersama Milia dan anak-anak. Selalunya kami makan bersama di luar kerana waktu itulah paling berharga untuk kami sekeluarga.”


KEHANGATAN FINAL AKADEMI FANTASIA 4 SEMAKIN DEKAT!!

DARIPADA lapan pelajar yang tersingkir, hanya seorang yang jujur mengaku ingin beraksi pada konsert akhir Akademi Fantasia musim keempat pada 5 Ogos ini.

Satu-satunya pelajar itu ialah Amirul. Malah Amirul, 18, memberitahu dia memang terkilan apabila tersingkir pada konsert kelapan AF4 malam Sabtu lalu.

“Siapa tidak sedih apabila tersingkir pada akhir-akhir konsert. Tetapi sudah di situ rezeki saya.

“Namun pada konsert Sabtu ini, saya akan buat yang terbaik dan biarlah penonton yang menentukan sama ada saya layak ke konsert akhir nanti,” luah Amirul yang ditemui pada sidang akhbar di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Tujuh peserta lain iaitu Nora, Karen, Rich, Zila, Salima, Diddy dan Lotter seolah-olah ingin menjaga hati rakan-rakan lain.

Kenyataan yang sama diberikan iaitu mereka akan membuat persembahan terbaik pada konsert kesembilan AF4 Sabtu ini.

“Kami akan menyokong siapa sahaja yang terpilih,” kata mereka sepakat.

Pada konsert malam Sabtu lalu, Amirul yang berasal dari Kuching, Sarawak diumumkan sebagai pelajar kelapan yang tersingkir.

Namun Astro tampil membuat kejutan AF4 apabila memberi peluang kedua kepada Amirul dan tujuh lagi pelajar yang tersingkir sebelum ini untuk beraksi pada konsert akhir pada 5 Ogos ini.

Bermula semalam, AF4 memberi peluang kepada penonton untuk mengundi seorang daripada lapan pelajar yang tersingkir itu.

Kejutan turut berlaku apabila empat nama pelajar terus diumumkan layak beraksi pada konsert akhir yang bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Apa yang menarik, pada konsert kesembilan AF4 Sabtu ini, empat finalis – Faizal, Velvet, Farhan dan Haziq – hanya menyanyikan lagu bonus. Konsert itu akan menyaksikan rakan-rakan mereka yang telah tersingkir itu bertarung bagi merebut satu lagi kuota yang masih kosong.

Antara nama yang menjadi pilihan untuk mengisi satu kekosongan itu ialah Lotter dan Amirul.

Mereka dikatakan memiliki kelebihan kerana baru disingkirkan pada dua konsert terakhir yang lalu.

Namun Lotter, 23, enggan meramalkan nasibnya pada konsert malam Sabtu ini.

“Biarlah penonton yang menentukan. Siapa yang terpilih, pelajar itu mewakili kami yang tersingkir dan saya tetap memberi sokongan.

“Cuma apa yang perlu saya perbaiki pada persembahan itu nanti ialah suara saya yang sengau dan pitching. Selain itu saya akan memberi tumpuan kepada stamina dan interaksi dengan penonton,” kata jejaka kelahiran Membakut, Sabah itu.

Sementara itu Nora, Karen dan Rich yang seolah-olah sudah dilupakan akibat tersingkir pada konsert-konsert awal tetap menaruh harapan beraksi pada konsert akhir nanti.

Cuma mereka tidak ingin perasaan gementar dan tekanan menguasai mereka ketika membuat persembahan kelak.

Juga jangan dilupa nama-nama pelajar seperti Zila, Salima dan Diddy kerana undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton memang sukar diramal.

Kejutan juga mungkin akan berlaku lagi pada konsert penentuan AF4 Sabtu ini.


Posted by Miracle Mary Kay :: 11:24 PM :: 0 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------




Gudd Morning....

Smlm kt sini besh sebb dlm jam 11pg~2ptg..ujan turun lebat sgt...hehe bukan pe pon..cume suka kalau ujan turun..ye la kan...rahmat tuhan..mase tu kt cc..sib baik la customer ade...kalo xde rugi gak tu...maklum time tu ujan...kat sini da lama x turun ujan...asyik2 panas terik je...kreta aku pun da jadi lori angkat lumpur..blom lg tercuci...nk antar gi station minyak...tp gune duit gk...fikir2 balik..baik x ya antar..membazir lak..baik sendri cuci..masalahnya xde mase nk cuci plak...UwaAAaAAaA...bgn pagi2 trus bersiap gi bukak cc open sebelum 10pagi..close lak 1 pagi...sian nengok kreta tuu....xpe la...nanti ade mase akan ku cuci jua dgn gembira nye..sejak bulan jun sampai la julai ni....blom lg ade cuti..trus menerus kerja..kalau ade cuti bole jgk...buat aktiviti sendiri kn....cuci kreta ke, jogging ke pepagi buta,swimming ke kt laut, ronda2 tpt2 peranginan kt sini...

Labuan ni..walaupun x besar mane pun..ok kalau nk dibuat plan percutian..ngan family ke,honeymoon ke..hehe mengarut plak saye ni....hehe....okla..actually ari ni nak story..smlm pc kt umah tu slow giler...byk sgt jangkitan nta pape...last2 skali..aku gi beli software anti-virus name die "SPYWARE DOCTOR"...sebelum ade jgk aku amik dr internet..kn byk anti-virus free scan....mmg free tp bile da abis scan..pastu ade result die kuar tu....punya la byk jangkitan kt pc...TAPI bile nak remove @ delete mende tu kena bayar la pulak.....EEEEEE geram tul la...rupenya scan je free, buang virus tu kena beli software tuu..secara online...

Dijadikn citer...selepas aku beli software SPYWARE DOCTOR tu..dr kwn aku yg mmg keje kt kedai komputer bkn cc..baru la laju processing pc aku tu...memula kena instal pastu scan pastu kuar result pastu kena remove @ delete virus2 tu...aku beli murah je RM10 1 CD...memang aku respect la software SPYWARE DOCTOR ni memang bagus...dr anti-virus2 lain..itu bagi aku la...sebb sebelum ni aku da guna software lain..masalahnye bile pc da kena jangkitan..mmg xle diremove kn 100%...still ade lg virus tu...so jadi keje la plak balik2 nak di scan remove...kat bawah ni ade serba sedikit infomation ttg software yg beli tu...



Best Spyware Protection. Used by Millions World Wide.

Spyware Doctor has been downloaded over 50 Million times; with a million more downloads every week. Millions of people worldwide use Spyware Doctor to protect their identity and PC security.
Spyware Doctor has consistently been awarded Editors' Choice, by leading PC magazines and testing laboratories around the world, including United States, United Kingdom, Sweden, Germany and Australia. All current versions of Spyware Doctor have won Editors' Choice awards from PC Magazine in United States. In addition, after leading the market in 2005, Spyware Doctor was awarded the prestigious Best of the Year at the end of 2005.
Spyware Doctor continues to be awarded the highest honors by many of the worlds leading PC publications such as PC Pro, PC Plus, PC Authority, PC Utilities, PC Advisor, PC Choice, Microdatorn, PC Answers Magazine plus number of reputable 5-star ratings including CNET's Download.com and Tucows.
Note : If you are choosing Anti-Spyware make sure you choose one that is proven and has genuine awards from one or more world leading research labs such a PC Magazine, PC World, CNET, PC Pro Magazine, PC Authority, PC Answers and other trusted labs. More importantly do not use ratings from unknown review websites, as often these are designed to mislead you into purchase of affiliated, inferior or rogue product.


Detects, removes and blocks all types of Spyware.
Did you know that numerous programs tested against Spyware Doctor detected only small fraction of Spyware and completely removed an even smaller amount? Also most of them were unable to effectively block Spyware in real time from being installed on users PC in the first place.
Spyware Doctor has the most advanced update feature that continually improves its Spyware fighting capabilities on daily basis. As Spyware gets more complex to avoid detection by AntiSpyware programs Spyware Doctor responds with new technology to stay one step ahead.

Easiest to Use
Spyware Doctor is advanced technology designed specially for people, not experts. This is why it won People's Choice Award in 2005. It is automatically configured out of the box to give you optimal protection with limited interaction so all you need to do is install it for immediate and ongoing protection.
Spyware Doctor's advanced OnGuard technology only alerts users on a true Spyware detection. This is significant because as you should not be interrupted by cryptic questions every time you install software, add a site to your favorites or change your PC settings. Such messages can be confusing and lead to undesirable outcomes such as inoperable programs, lost favorites or even Spyware being allowed to install on the system. We've done the research so you don't have to.

(sumber maklumat di ambil drpd PC TOOLS SOFTWARE)

P/s: Kalau korang berminat nakkan software ni boleh la email ke salih_hero@yahoo.com di jamin O.K!!



Posted by Miracle Mary Kay :: 7:57 PM :: 0 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------



P U I S I
- M a l a m -


Malam datang lagi...
Sunyi sepi...
Sesepi hatiku..
Tiada sebutir bintang di langit..
Sekelam hatiku yang tiada bercahaya..
Ingin ku bisikkan pada bayu..
Tentang rindu ku pada dia.
Wahai bayu di pinggiran malam..
Sapalah aku..
Wahai bulan di balik awan..
Bisikkan jua tentang rindumu padaku..
Aku akan tetap pasrah menanti..
Sehingga kamu datang mengusir sepiku.

Malam ini ......
Sama seperti malam-malam yang lalu..
Ku intai lagi di kamar jendela ini..
Ingin ku bisikkan pada dia..
Tentang rindu yang tak pernah kunjung padam...
Tentang rindu yang masih lagi menyapa..
Namun..
Yang ku lihat hanya gelapnya malam...
Sunyi...
Sepi.....
Tapi bagaimana mungkin dia mendengar...

Tirai malam berlabuh...
Sepi mendakap sayu..
Aku ke sini lagi..
Entah yang keberapa kali
Seperti malam-malam yang lalu
Menghitung butir-butir rindu yang kau tinggalkan..
Ku intai ke luar jendela..
Bulan enggan tersenyum lagi..
Ku pandang ke langit tinggi..
Bintang jua berpaling sayu..
Ke lari ke penjuru kamar..
Tiada siapa di sana..
Hanya aku yang masih tertinggal keseorangan..
Sedangkan kau sudah jauh meninggalkan aku.
Andainya..
Yang ku bisikkan ini hanya bicara tanpa
sebuah suara..

Malam.....
Misterimu tak dapat ku ungkap..
Gelapmu tak dapat ku lerai..
Hanya aku yang tahu sunyinya malam..
Malam tanpa kehadiranmu..
Bagai bayu tak berhembus...
Bagai langit tiada berawan..
Sepi selamanya..
Hadirlah....
Temanilah malamku..
Usirlah sepiku..
Agar aku bisa tersenyum kembali.


Posted by Miracle Mary Kay :: 5:18 AM :: 0 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------



My Wish 2006

Nokia 6125


-Compact-sized fold phone with internal antenna
-1.3 megapixel camera with 8x digital zoom and video recorder
-Universal connectivity with Bluetooth, infrared, and Pop-Port™ interface with USB
-Keypad optimized for excellent usability
-Integrated music player, stereo FM radio and Visual Radio
-Swappable MicroSD memory card slot
-Messaging features including MMS, Nokia Xpress audio messaging, email, and instant messaging
-GSM quadband with GPRS/EDGE/HSCSD
-Macromedia Flash player
-xHTML browser

(sumber drpd NOKIA)

Hyee...xde idea lak hari ni..xtau nak tulis ape...dlm fikiran xde idea tetiba...tringat plak....handpon..ni...hajat nak memiliki satu...model tu xla advance sgt..tp jenis handpon berlipat cam ni da lama di hajati...tp blom gak tercapai...pe tak nye budjet slalu lari...byr bil,kreta,..mcm2 lg...arrghhhh!!!tidakkk aku nak satu jugak..HEHE!!


Posted by Miracle Mary Kay :: 4:37 AM :: 0 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------

Saturday, July 22, 2006

haloha~..selamat berhari minggu...

smlm punya la letih dok bukak cc sampai 11 lebih.sambil2 tu tgk gak af4..last2 amirul gak yg tersingkir..tp sib baik af da abis 11 lebih tu..sebb pe kat sini smlm black-out...fuhh..kalau tak kepunan nak tgk af4..satu bandar kena black-out..mane lagi customer yg tgh besh2 surf internet...tp kan time blom black-out tu..memang ade tande2..spt connection internet pun da slow giler...lepas tu semua game LAN(counter strike,red alert) pun xle nak connect antara 1 sama lain...bile da black-out tu...plan la close je cc lgpun da lewat..sampai kt umah lak...ingat le tido trus...skali nye tertgk rcgn tv3 ade movie -JUDGE DREDD- mmg favourite movie aku time kecik...ape lg..layan jee...hehe kt bawah ni ade sikit preview ttg movie tuu...tp aku tak tgk abis pun movie..tertido pulaks~ XD



Release : June 30th, 1995
Director : Danny Cannon
Writter : John Wagner, Carlos Ezquerra, Michael De Luca, William Wisher Jr.
Starring : Sylvester Stallone, Armand Assante, Rob Schneider, Jurgen Prochnow, Max Von Sydow, Diane Lane, Joanna Miles, Joan Chen, Balthazar Getty
Genre :
Action, Crime, Sci-Fi
Rating : R for continuous violent action

Synopsis :

In the Third Millennium a powerful and efficient hybrid of the police and judicial system has given birth to group of new gaurdians of the law with the power to dispense instant justice and punishment. These judges are law enforcer, jury and executioner. One of these judges, Judge Joseph Dredd (Sylvester Stallone) is a living legend - six feet of armored justice with no outside interests besides his devotion to enforcing the law. When Dredd is framed for murder by a corrupt Council Judge (Jurgen Prochnow) and receives the maximum sentence (banishment for life to the wasteland of "Cursed Earth"), he must overcome the plot against him and save the city for which he has for so long been a loyal servant...dealing out his own lethal brand of justice along the way.

Selain dr movie ni ade jgk movie lain yg aku suka tgk time kecik2 dulu...korang pun mesti ade movie favourite time kecik2 dulu2 kan..hehehehe..kt bawah ni antara nyer~

aBack to the future 1,2,3
a Evil Dead 1,2
a Army of the darkness (from Evil Dead 2)
a Ghostbuster
a Casper 1,2
a Peter Pan & Captain Hook
a Doraemon the movie (siri pun besh)
a Critters 1,2,3
a Knight Rider
a Fanthagiro
a Tarzan
a Jungle of the book
a Never Ending Story
a Star Wars
a ade byk lg.....x ingat pulak.....

Posted by Miracle Mary Kay :: 6:14 PM :: 0 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------

Thursday, July 20, 2006

Cars (2006) Review

Lightning McQueen, a hotshot rookie race car driven to succeed, discovers that life is about the journey, not the finish line, when he finds himself unexpectedly detoured in the sleepy Route 66 town of Radiator Springs. On route across the country to the big Piston Cup Championship in California to compete against two seasoned pros, McQueen gets to know the town's offbeat characters--including Sally, a snazzy 2002 Porsche, Doc Hudson, a 1951 Hudson Hornet with a mysterious past, and Mater, a rusty but trusty tow truck, who help him realize that there are more important things than trophies, fame and sponsorship.


Production Status : Released
Logline : Follows a group of autos as they travel Route 66.
Genres : Action/Adventure, Comedy, Kids/Family and Animation
Running Time : 1 hr. 54 min.
Release Date : June 9, 2006 (wide)
MPAA Rating : G
Distributors : Buena Vista Pictures Distribution, Buena Vista International
Production Co.: Pixar Animation Studios
Studios: Walt Disney Pictures
U.S. Box Office : $220,001,446
Produced in: United States


Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us



Posted by Miracle Mary Kay :: 8:35 PM :: 0 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------

Wednesday, July 19, 2006


Spiderman 3 Review
(coming soon 2007)


Peter Parker must face new challenges as the elusive superhero Spider-Man in this third installment.

Also Known As : Spider-Man III , Spiderman 3
Production Status : In Production/Awaiting Release
Genres : Action/Adventure, Science Fiction/Fantasy and Adaptation Release Date : May 4th, 2007 (wide)
MPAA Rating : Not Rated
Distributors : Sony Pictures Releasing
Production Co .: Laura Ziskin Productions, Marvel Studios, Renaissance Pictures Sony Pictures Imageworks, Inc.
Studios : Columbia Pictures
Filming Locations : Los Angeles, California USA
New York, New York USA
Produced in : United States


SpiderMan 3 - Trailer

Posted by Miracle Mary Kay :: 8:51 PM :: 0 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------



Stars Are Blind - Paris Hilton
(2006)


Just hanging here with you
Cuz I don't find too many guys
That treat me like you do
Those other guys all wanna take me for a ride
But when I walk their talk is suicide
Some people never get beyond their stupid pride
But you can see the real me inside
And I'm satisfied, oh no, ohh
Even though the gods are crazy
Even though the stars are blind
If you show me real love baby
I'll show you mine
I can make you nice and naughty
Be the devil and angel too
Got a heart and soul and body
Let's see what this love can do
Baby i'm perfect for you
My love, ohh oh
I could be your confidante
Just one of your girlfriends
But I know that love's what you want
If tomorrow the world ends
Why shouldn't we be with the one we really love?
Now tell me who have you been dreaming of
At night at home? oh no, ohh
Even though the gods are crazy
Even though the stars are blind
If you show me real love baby
I'll show you mine
I can make you nice and naughty
Be the devil and angel too
Got a heart and soul and body
Let's see what this love can do
Baby i'm perfect for you
Excuse me for feeling
This moment is critical
Might be me feeling
It could get physical, oh no, no no
Even though the gods are crazy
Even though the stars are blind
If you show me real love baby
I'll show you mine
I can make you nice and naughty
Be the devil and angel too
Got a heart and soul and body
Let's see what this love can do
Let's see what this love can do
Baby I'm perfect for you
Baby I'm perfect for you
Even though the gods are crazy
Even though the stars are blind
Even though the gods are crazy
(Lyric Of the day)

Posted by Miracle Mary Kay :: 8:35 PM :: 0 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------



Penyokong dakwa Lotter mangsa konspirasi
KOTA KINABALU 18 Julai – Penyokong fanatik pelajar Akademi Fantasia 4 (AF4), Lotter di sini tidak puas hati dengan penyingkiran anak kelahiran Sabah itu yang didakwa berunsur konspirasi.
Pengerusi Kelab Penyokong Artis Tempatan Sabah merangkap Ahli Jawatankuasa Kelab Peminat Lotter, Mohd. Johawaliah Jamsin berkata, ia berikutan banyak persoalan timbul dengan cara pengendalian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikendalikan Astro.
“Seolah-olah terdapat unsur sabotaj apabila SMS undian terhadap penyanyi itu dihantar tidak diterima pada malam konsert. Kes seperti ini sama dengan apa yang terjadi dengan peserta AF2 iaitu Linda dahulu.
“Kami berharap pihak Astro bersikap lebih terbuka. Mereka harus dinilai daripada bakat dan bukan daripada perkara-perkara luaran yang tidak ada kena mengena,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Lotter atau nama penuhnya Lotter P. Edwin Edin yang berasal dari Membakut menjadi pelajar ketujuh AF4 tersingkir daripada program realiti itu, Sabtu lalu kerana memperoleh undian terendah berbanding pelajar lain.
Mohd. Johawaliah berkata, kelab itu dihujani ratusan panggilan telefon daripada ahli kelab terutama dari Membakut, Beaufort, Papar, Kimanis dan Kota Belud yang meluahkan kekecewaan dengan sistem SMS pada malam itu yang seolah-olah menyekat undian dari Sabah.
Beliau berharap pihak Astro dapat menimbangkan semula keputusan penyingkiran Lotter dan tidak mensia-siakan bakat tersendiri yang ada padanya.
“Lotter mempunyai potensi besar dan telah dibuktikan melalui pujian oleh pengkritik profesional termasuk komen yang diberikan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza,” katanya.
Beliau bimbang kredibiliti Astro dalam mengendalikan rancangan hiburan nombor satu negara itu akan terjejas hanya disebabkan beberapa perkara yang menimbulkan persoalan
.

Posted by Miracle Mary Kay :: 5:22 AM :: 0 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------

Tuesday, July 18, 2006






SHAH RUKH KHAN
Who SRK?...
On 2nd November 1965 a normal occurrence happened at the Talwar Nursing Home in New Delhi. Just like many newborns, I was born with the umbilical cord entangled around my neck. A nurse said that it was by the blessings of Hanuman and that I would be a very lucky child. I don’t know if I believe in it but it is the one thing I was told by my parents about my birth that I remember.
We lived in Rajinder Nagar, I even remember the house number it was F-442. I have vague memories of my playschool, I think it was called Tiny Tots and was right next to our house.
After playschool I began my formal education at St. Columbia’s High School, New Delhi. It was near Gole market, run by Irish brothers who believed in discipline and a very high standard of education.
I can recall my first day and the teacher who interviewed me, Mrs. Bala, asked me to tell her what my father’s profession was. And at that point my father had a transportation business; I had seen him dealing with tempos, trucks, etc. I believed anyone having anything to do with vehicles was a driver. So I replied that my dad was a tempo driver. Mrs. Bala told me that I had very cute dimples and then asked me to kiss her. That was my first kiss. Oh yes, and I was admitted to the school.
We were given black and golden stars for our behaviour and test results. Five black stars meant lying across Mrs. Balas’ lap and getting spanked three times, I think. Being quite naughty I was spanked a lot. I wish the same treatment were meted out to me even now. Looking back one realizes that what one thought punishment was actually quite pleasurable.
Overall my early years of schooling were quite wonderful. I had my share of spanking, and was often made to stand in the corner with my finger on the lips. I was forced by my teacher to learn how to swim by being thrown into the water and expected to survive with gallons of water in my stomach, eyes and ears. Till date I hate swimming…and my teacher for subjecting me to this torture.
But all said and done I love all my teachers. They were very kind and sweet. I guess the essence of one’s life is developed during these formative years. And I feel I had the best formative years because of the nice teachers I had.
Here’s to all of them…good morning ma’am and thank you ma’am.
Filmgraphy (My Fav Film Only..hehe)
  • Kuch Kuch Hota Hai (1998)
  • Phir Bil Dil Hai Hindustani (2000)
  • Baazigar (1993)
  • Chalte Chalte (2003)
  • Veer Zara (2004)
  • Kabhi Kushi Kabhi Gham (2001)
  • Main Hoon Na (2004)
  • Josh (2000)
  • Dil To Pagal Hai (1997)
  • Koyla (1997)
  • Yes Boss (1997)
  • Duplicate
  • Kal Ho Na Ho (2003)
  • One 2 Ka 4 (2001)
  • Devdas
  • Mohabbatein (2000)
"You Know You're In Love When Something Is Happening"
from Kuch Kuch Hota Hai Film(1998)....



"Are Ar Are" from Dil To Pagal Hai Film (1997)


Posted by Miracle Mary Kay :: 11:01 PM :: 0 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------