<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d29838799\x26blogName\x3d%C2%A4+Salih-N+Blogger+%C2%A4\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://putrahero.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://putrahero.blogspot.com/\x26vt\x3d8596779185385265688', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
¤ Salih-N Blogger ¤


Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us



Tuesday, July 25, 2006


ANAK LIHAT AYAH REBAH
(Tiara bersama Effendy Norwawi dan dua anaknya, Hani Karmila dan Eridani memberi perhormatan terakhir kepada Allahyarham Hani Mohsin di Hospital Serdang, semalam.Sila Lihat Gambar Sebelah.)
KUALA LUMPUR 25 Julai – “Ayah jatuh” demikian kata Hani Karmila yang menghubungi ibunya Datin Seri Tiara Jacquelina tanpa mengetahui bahawa bapanya, Hani Mohsin sudah meninggal dunia.

Menurut Hani Karmila, 9, dia menghubungi ibunya menggunakan telefon bimbit bapanya, Hani Mohsin yang rebah di kaunter pendaftaran AirAsia, Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang hari ini.
Ketika itu, Allahyarham Hani Mohsin Hanafi, 41, dan Hani Karmila baru selesai mendaftar masuk untuk penerbangan ke Alor Star kira-kira pukul 9.50 pagi. Menurut Hani Karmila, dia terkejut dengan kejadian itu tambahan pula apabila pengawal keselamatan Malaysia Airport Berhad (MAB) dan petugas AirAsia bertungkus-lumus memberi bantuan pernafasan kepada bapanya.
Katanya, bapanya kemudian dikejarkan ke klinik berdekatan Akademi AirAsia, tetapi disahkan sudah meninggal dunia.
Menceritakan detik-detik akhir kejadian itu, Hani Karmila berkata, dia dan bapanya tiba lewat di LCCT dan berada dalam tergesa-gesa menuju ke kaunter pendaftaran.
“Cepat. Kita sudah terlambat,” merupakan kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Hani Mohsin kepada Hani Karmila.
Menurut Hani Karmila, dia dan bapanya dalam perjalanan untuk bercuti ke Pulau Langkawi dan Pulau Pinang selama seminggu dan akan pulang pada 1 Ogos ini.
Hani Karmila merupakan anak tunggal Hani Mohsin bersama Tiara Jacquelina hasil perkahwinan mereka pada 11 September 1993. Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada 16 Februari 1998.
Tiara Jacquelina kini merupakan isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi.
Sementara itu, menurut Tiara Jacquelina, dia menerima panggilan telefon daripada Hani Mohsin kelmarin yang memaklumkan kegembiraannya dapat bercuti panjang bersama anak mereka itu.
“Arwah betul-betul gembira kerana dapat mengatur percutian bersama Mila (Hani Karmila) setelah sekian lama sibuk bekerja,” jelas Tiara.
Katanya, pemergian Hani Mohsin merupakan satu kehilangan kepada industri hiburan tanah air kerana beliau adalah seorang pelakon yang hebat selain amat berdedikasi dengan apa sahaja kerja dilakukannya.

(sumber diambil drpd Utusan Malaysia)

Posted by Miracle Mary Kay :: 8:19 PM :: 0 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------