Tengku Puteri Kamariah dipercayai ditikam beberapa kali oleh anaknya menggunakan pisau Rambo dan pemutar skru dalam kejadian pada pukul 1.20 tengah hari.
Pemuda berusia 21 tahun itu yang turut cedera parah dalam kejadian tersebut dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan meninggal dunia pukul 7.30 malam ketika dirawat.
Setakat ini punca kematian anak mangsa bagaimanapun belum dapat disahkan dan bedah siasat akan dilakukan esok.
Turut cedera dalam kejadian itu ialah suami mangsa, Datuk Tunku Ismail Tunku Sulaiman, 68, yang luka parah di bahagian perut dan hadapan badan sehingga terpaksa menjalani pembedahan di HTAA.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Razak Bukhari ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu, Tengku Puteri Kamariah ditemui terbaring di bahagian dapur rumah oleh jirannya dan dia disahkan mati di tempat kejadian.
‘‘Polis masih menyiasat motif kejadian dan kita menemui dua senjata dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut iaitu pemutar skru dan sebilah pisau Rambo di rumah mangsa,’’ katanya.
Beberapa saksi yang ditemui di tempat kejadian berkata, mangsa yang disifatkan oleh jirannya sebagai wanita yang peramah dan baik hati telah ditetak dengan pisau Rambo di bahagian belakang badan dan ditikam bertubi-tubi dengan pemutar skru.
Selain mangsa dan suaminya serta suspek, turut berada di tempat kejadian ialah orang gaji mereka, warganegara Indonesia yang hanya dikenali sebagai Elis.
Dalam pada itu, salah seorang saksi yang juga saudara serta jiran mangsa, Tengku Ahmad Faizal Tengku Abdul Jamil, 40, mendakwa, semasa kejadian, suspek dilihat terjun dari beranda tingkat atas rumah berkenaan dan meluru ke rumah jiran.
‘‘Suspek merayau-rayau di hadapan rumah dan meracau-racau mengatakan dia sedang ketakutan sebelum masuk kembali ke rumahnya,’’ ujar beliau.
Tengku Ahmad berkata, apabila suspek masuk semula ke rumah, tidak berapa lama selepas itu beliau mendengar jeritan meminta tolong dari mangsa dan suaminya.
‘‘Saya bergegas ke rumah Tengku Puteri dan mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah di bahagian dapur, saya meletakkan kepalanya di pangkuan saya dan dia sempat berpesan ‘belajarlah agama dan kalau nak jual kereta itu, juallah,” katanya sambil memberitahu beliau tidak faham maksud pesanan Allahyarham itu.
Menurut Tengku Ahmad, suami mangsa pula ditemui dalam keadaan ‘terduduk’ di atas sebuah kerusi di luar rumah dengan seluruh badannya berlumuran darah, manakala suspek kelihatan sedang dalam keadaan keliru.
Katanya, pada masa itu, seorang lagi saksi kejadian yang sedang berkerja sebagai tukang kebun di rumah jiran mangsa datang untuk memberi bantuan.
‘‘Kami berdua selepas itu menahan suspek dan mengikatnya sebelum polis tiba,” katanya.
Sementara itu, adik ipar mangsa, Tengku Abdul I’lal Tengku Sulaiman ketika ditemui pula memberitahu, suspek adalah anak ketujuh dari lapan beradik dan mempunyai seorang saudara kembar.
‘‘Abang saya ada menghubungi kami pukul 10.50 pagi ini meminta mencarikan seorang bomoh bagi merawat anaknya,” kata beliau.
Tengku Abdul l’lal juga tidak menolak kemungkinan suspek berada di bawah pengaruh dadah semasa kejadian.
Sementara itu, Sultan Ahmad Shah yang berada di Cameron Highlands petang ini, tiba di kediaman adindanya di Villa Ismaputri, sebaik sahaja jenazah dibawa pulang dari HTAA kira-kira pukul 5.20 petang, manakala seorang lagi adinda mangsa, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, tiba pukul 6.30 petang.
Baginda yang berada dalam keadaan terkejut dan sugul kelihatan mengeluarkan sapu tangan dan mengesat air mata ketika melihat kawasan kejadian.
Turut melawat tempat kejadian ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Makam Diraja Pekan, esok.
SEBELUM berkahwin dan berkeluarga, Edry Abdul Halim, 31, atau lebih dikenali sebagai Edry KRU memang jarang mendapat publisiti daripada akhbar atau majalah.
Entah kenapa antara tiga orang ahli kumpulan adik-beradik itu, Edry bagai menjauhkan diri daripada media sehinggalah dia berkahwin dan kini sudah berkeluarga.
Jika ada pun media mahu membuat temu janji dengannya, Edry atau lebih mesra di kalangan keluarga dengan panggilan Didi lebih suka memberi alasan sibuk di studio rakaman.
Sememang alasannya itu berasas tetapi begitulah Edry yang lebih suka menumpukan perhatian pada kerja berbanding muncul dalam akhbar atau majalah.
Sehinggakan ada yang melabelkannya sebagai artis yang sukar bekerjasama dan malu dengan kamera.
“Sebenarnya bukan saya tak mahu publisiti atau tidak mahu bekerjasama tetapi selalunya masa yang diberikan tidak sesuai.
“Dalam KRU setiap kami mempunyai tugas yang tersendiri dan masing-masing memang sibuk. Norman dengan pengurusan syarikat, Yusry dengan filemnya dan saya dengan lagu-lagu untuk artis syarikat kami.
“Sebagai komposer saya memang sibuk kerana setiap lagu yang mahu disiapkan untuk rakaman saya mempunyai deadlinenya, jadi sebab itulah saya terpaksa menolak setiap permintaan bukan sombong,” kata Edry ketika ditemui di banglonya di Country Heights Resorts, Kajang baru-baru ini.
Menurut Edry, jadualnya yang sibuk di studio bukan sahaja semasa bujang malah setelah mempunyai dua anak pun Edry masih sibuk dan memang sukar untuk dia membuat temu janji.
Bagaimanapun, setelah hampir dua bulan menanti, suami kepada Milia Mohamed, 31, dan ayah kepada Emil, 5, dan Edylia, 2, akhirnya bersetuju.
Disebabkan itulah, kata Edry, apabila dia merancang membina banglo lapan bilik dengan kos keseluruhan RM1.4 juta, yang paling penting baginya ialah mini studio. Mini studio mesti ada untuknya bekerja.
“Apabila sudah mula bekerja saya memang tidak mahu diganggu. Anak-anak saya pun faham. Kalau daddynya dah masuk studio, maknanya saya akan mengurungkan diri berjam-jam lamanya.
“Tetapi walaupun berjam-jam di studio saya bersyukur kerana tetap dapat jumpa anak-anak sebab studio mini di dalam rumah dan saya akan ke studio rakaman bila semuanya sudah siap,” kata Edry.
Sejak penglibatannya dalam bidang seni, KRU telah mencipta 600 lagu dan 150 daripadanya adalah ciptaan Edry sendiri.
“Sejak menyanyi, saya, Norman dan Yusry banyak cipta lagu bersama. Sejak tahun 2000 saya sudah mencipta 150 lagu termasuk lagu untuk Puteri UMNO dan lagu tema untuk filem Cicakman,” jelas Edry.
Menurut Edry, setelah 15 tahun mengharungi dunia seni dan menikmati segala kemewahan hidup beliau juga mempunyai rancangan sendiri pada masa depan.
“Insya-Allah bila umur saya mencecah 45 tahun saya akan bersara daripada menjadi penyanyi. Cukuplah setakat itu sebab dah tiga dekad saya menyanyi. Saya mahu mencipta lagu sahaja di samping menghabiskan usia tua saya bersama isteri dan anak-anak,” kata Edry.
Kata Edry, mungkin ada yang mempertikaikan rancangan persaraannya kerana dalam usia sebegitu muda banyak lagi yang boleh dilakukannya.
“Saya merancang mulai sekarang untuk bekalan hari tua. Mudah-mudahan ketika saya bersara nanti saya akan mempunyai simpanan yang cukup hasil daripada karya saya sebagai pencipta lagu,” kata Edry.
Puaskan hati
Selain lagu-lagu artis di bawah naungan KRU Records, Edry juga pernah mencipta lagu slow rock untuk Ella dan kumpulan Spider.
Bukan itu sahaja, malah Edry juga pernah mencipta lagu untuk kumpulan Rabbani dan lagu Asmaradana untuk filem Puteri Gunung Ledang.
Bila ditanya pandangan segelintir peminat seni tanah air mengenai lagu-lagu ciptaannya yang hampir sama irama dan melodinya dengan lagu-lagu nyanyian Elite, Adam AF2 dan KRU, Edry dengan tenang menjawab:
“Susah nak puaskan hati semua orang tetapi jika mereka benar-benar mendengar dan menghayati lagu-lagu ciptaan saya, mereka akan dapat rasakan kelainannya.
“Genre ciptaan saya ialah pop dance tapi kalau pendengar meminati lagu-lagu nyanyian Britney Spears, NSync dan Bad Street Boys, tentu mereka boleh terima lagu-lagu ciptaan saya.”
Walaupun sudah hampir enam tahun hidup sebagai isteri artis dan komposer tetapi Milia Mohamed tidak pernah mahu ditemu ramah oleh wartawan.
Setiap kali Edry ditemu ramah, Milia akan menjauhkan diri. Begitu juga semasa Edry ditemu ramah di kediaman mereka baru-baru ini.
Edry yang ditanya tentang sikap isterinya itu berkata: “Sebenarnya sejak hidup sebagai suami isteri memang begitulah sikap Milia. Apabila saya ditemu ramah dia tidak mahu berada di sisi saya kerana bagi Milia dunia artis hanya untuk saya.
“Jadi janganlah kecil hati atau menganggapnya sombong. Sebenarnya untuk kali ini pun puas juga saya memujuknya untuk bergambar akhirnya dia bersetuju dengan syarat hanya beberapa shot.
“Sebab itu bila ada masa terluang saya akan habiskan waktu saya bersama Milia dan anak-anak. Selalunya kami makan bersama di luar kerana waktu itulah paling berharga untuk kami sekeluarga.”
KEHANGATAN FINAL AKADEMI FANTASIA 4 SEMAKIN DEKAT!!
DARIPADA lapan pelajar yang tersingkir, hanya seorang yang jujur mengaku ingin beraksi pada konsert akhir Akademi Fantasia musim keempat pada 5 Ogos ini.
Satu-satunya pelajar itu ialah Amirul. Malah Amirul, 18, memberitahu dia memang terkilan apabila tersingkir pada konsert kelapan AF4 malam Sabtu lalu.
“Siapa tidak sedih apabila tersingkir pada akhir-akhir konsert. Tetapi sudah di situ rezeki saya.
“Namun pada konsert Sabtu ini, saya akan buat yang terbaik dan biarlah penonton yang menentukan sama ada saya layak ke konsert akhir nanti,” luah Amirul yang ditemui pada sidang akhbar di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.
Tujuh peserta lain iaitu Nora, Karen, Rich, Zila, Salima, Diddy dan Lotter seolah-olah ingin menjaga hati rakan-rakan lain.
Kenyataan yang sama diberikan iaitu mereka akan membuat persembahan terbaik pada konsert kesembilan AF4 Sabtu ini.
“Kami akan menyokong siapa sahaja yang terpilih,” kata mereka sepakat.
Pada konsert malam Sabtu lalu, Amirul yang berasal dari Kuching, Sarawak diumumkan sebagai pelajar kelapan yang tersingkir.
Namun Astro tampil membuat kejutan AF4 apabila memberi peluang kedua kepada Amirul dan tujuh lagi pelajar yang tersingkir sebelum ini untuk beraksi pada konsert akhir pada 5 Ogos ini.
Bermula semalam, AF4 memberi peluang kepada penonton untuk mengundi seorang daripada lapan pelajar yang tersingkir itu.
Kejutan turut berlaku apabila empat nama pelajar terus diumumkan layak beraksi pada konsert akhir yang bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Apa yang menarik, pada konsert kesembilan AF4 Sabtu ini, empat finalis – Faizal, Velvet, Farhan dan Haziq – hanya menyanyikan lagu bonus. Konsert itu akan menyaksikan rakan-rakan mereka yang telah tersingkir itu bertarung bagi merebut satu lagi kuota yang masih kosong.
Antara nama yang menjadi pilihan untuk mengisi satu kekosongan itu ialah Lotter dan Amirul.
Mereka dikatakan memiliki kelebihan kerana baru disingkirkan pada dua konsert terakhir yang lalu.
Namun Lotter, 23, enggan meramalkan nasibnya pada konsert malam Sabtu ini.
“Biarlah penonton yang menentukan. Siapa yang terpilih, pelajar itu mewakili kami yang tersingkir dan saya tetap memberi sokongan.
“Cuma apa yang perlu saya perbaiki pada persembahan itu nanti ialah suara saya yang sengau dan pitching. Selain itu saya akan memberi tumpuan kepada stamina dan interaksi dengan penonton,” kata jejaka kelahiran Membakut, Sabah itu.
Sementara itu Nora, Karen dan Rich yang seolah-olah sudah dilupakan akibat tersingkir pada konsert-konsert awal tetap menaruh harapan beraksi pada konsert akhir nanti.
Cuma mereka tidak ingin perasaan gementar dan tekanan menguasai mereka ketika membuat persembahan kelak.
Juga jangan dilupa nama-nama pelajar seperti Zila, Salima dan Diddy kerana undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton memang sukar diramal.
Kejutan juga mungkin akan berlaku lagi pada konsert penentuan AF4 Sabtu ini.
Best Spyware Protection. Used by Millions World Wide.
Spyware Doctor has been downloaded over 50 Million times; with a million more downloads every week. Millions of people worldwide use Spyware Doctor to protect their identity and PC security.
Spyware Doctor has consistently been awarded Editors' Choice, by leading PC magazines and testing laboratories around the world, including United States, United Kingdom, Sweden, Germany and Australia. All current versions of Spyware Doctor have won Editors' Choice awards from PC Magazine in United States. In addition, after leading the market in 2005, Spyware Doctor was awarded the prestigious Best of the Year at the end of 2005.
Spyware Doctor continues to be awarded the highest honors by many of the worlds leading PC publications such as PC Pro, PC Plus, PC Authority, PC Utilities, PC Advisor, PC Choice, Microdatorn, PC Answers Magazine plus number of reputable 5-star ratings including CNET's Download.com and Tucows.
Note : If you are choosing Anti-Spyware make sure you choose one that is proven and has genuine awards from one or more world leading research labs such a PC Magazine, PC World, CNET, PC Pro Magazine, PC Authority, PC Answers and other trusted labs. More importantly do not use ratings from unknown review websites, as often these are designed to mislead you into purchase of affiliated, inferior or rogue product.
Detects, removes and blocks all types of Spyware.
Did you know that numerous programs tested against Spyware Doctor detected only small fraction of Spyware and completely removed an even smaller amount? Also most of them were unable to effectively block Spyware in real time from being installed on users PC in the first place.
Spyware Doctor has the most advanced update feature that continually improves its Spyware fighting capabilities on daily basis. As Spyware gets more complex to avoid detection by AntiSpyware programs Spyware Doctor responds with new technology to stay one step ahead.
Easiest to Use
Spyware Doctor is advanced technology designed specially for people, not experts. This is why it won People's Choice Award in 2005. It is automatically configured out of the box to give you optimal protection with limited interaction so all you need to do is install it for immediate and ongoing protection.
Spyware Doctor's advanced OnGuard technology only alerts users on a true Spyware detection. This is significant because as you should not be interrupted by cryptic questions every time you install software, add a site to your favorites or change your PC settings. Such messages can be confusing and lead to undesirable outcomes such as inoperable programs, lost favorites or even Spyware being allowed to install on the system. We've done the research so you don't have to.
(sumber maklumat di ambil drpd PC TOOLS SOFTWARE)
P/s: Kalau korang berminat nakkan software ni boleh la email ke salih_hero@yahoo.com di jamin O.K!!
Malam datang lagi...
Sunyi sepi...
Sesepi hatiku..
Tiada sebutir bintang di langit..
Sekelam hatiku yang tiada bercahaya..
Ingin ku bisikkan pada bayu..
Tentang rindu ku pada dia.
Wahai bayu di pinggiran malam..
Sapalah aku..
Wahai bulan di balik awan..
Bisikkan jua tentang rindumu padaku..
Aku akan tetap pasrah menanti..
Sehingga kamu datang mengusir sepiku.
Malam ini ......
Sama seperti malam-malam yang lalu..
Ku intai lagi di kamar jendela ini..
Ingin ku bisikkan pada dia..
Tentang rindu yang tak pernah kunjung padam...
Tentang rindu yang masih lagi menyapa..
Namun..
Yang ku lihat hanya gelapnya malam...
Sunyi...
Sepi.....
Tapi bagaimana mungkin dia mendengar...
Tirai malam berlabuh...
Sepi mendakap sayu..
Aku ke sini lagi..
Entah yang keberapa kali
Seperti malam-malam yang lalu
Menghitung butir-butir rindu yang kau tinggalkan..
Ku intai ke luar jendela..
Bulan enggan tersenyum lagi..
Ku pandang ke langit tinggi..
Bintang jua berpaling sayu..
Ke lari ke penjuru kamar..
Tiada siapa di sana..
Hanya aku yang masih tertinggal keseorangan..
Sedangkan kau sudah jauh meninggalkan aku.
Andainya..
Yang ku bisikkan ini hanya bicara tanpa
sebuah suara..
Malam.....
Misterimu tak dapat ku ungkap..
Gelapmu tak dapat ku lerai..
Hanya aku yang tahu sunyinya malam..
Malam tanpa kehadiranmu..
Bagai bayu tak berhembus...
Bagai langit tiada berawan..
Sepi selamanya..
Hadirlah....
Temanilah malamku..
Usirlah sepiku..
Agar aku bisa tersenyum kembali.
My Wish 2006
Nokia 6125
-Compact-sized fold phone with internal antenna
-1.3 megapixel camera with 8x digital zoom and video recorder
-Universal connectivity with Bluetooth, infrared, and Pop-Port™ interface with USB
-Keypad optimized for excellent usability
-Integrated music player, stereo FM radio and Visual Radio
-Swappable MicroSD memory card slot
-Messaging features including MMS, Nokia Xpress audio messaging, email, and instant messaging
-GSM quadband with GPRS/EDGE/HSCSD
-Macromedia Flash player
-xHTML browser
(sumber drpd NOKIA)
Hyee...xde idea lak hari ni..xtau nak tulis ape...dlm fikiran xde idea tetiba...tringat plak....handpon..ni...hajat nak memiliki satu...model tu xla advance sgt..tp jenis handpon berlipat cam ni da lama di hajati...tp blom gak tercapai...pe tak nye budjet slalu lari...byr bil,kreta,..mcm2 lg...arrghhhh!!!tidakkk aku nak satu jugak..HEHE!!
Production Status : Released
Logline : Follows a group of autos as they travel Route 66.
Genres : Action/Adventure, Comedy, Kids/Family and Animation
Running Time : 1 hr. 54 min.
Release Date : June 9, 2006 (wide)
MPAA Rating : G
Distributors : Buena Vista Pictures Distribution, Buena Vista International
Production Co.: Pixar Animation Studios
Studios: Walt Disney Pictures
U.S. Box Office : $220,001,446
Produced in: United States